
Info:
Halaman PTC sebenar (real PTC sites)
a) Halaman PTC sebenar merupakan halaman di mana anda mendapatkan wang dengan melihat iklan orang lain (pengiklan/advertiser). Selalunya cenderung (tetapi tidak selalu) memaparkan iklan yang berbeza yang dibeli oleh pemasang iklan yang sebenar. Mereka juga boleh jadi sasaran geografi (geo-targeted). Yang bererti pengiklan boleh memilih sesiapa untuk memaparkan iklan mereka.
b) Keahlian percuma, tidak perlu membayar untuk mendapatkan bayaran, juga boleh mendapatkan wang daripada referral kamu dan kadang-kadang kamu juga boleh mendapatkan wang lebih (komisyen, paidmails, tawaran, dibayar untuk mempromosi dan lain-lain).
c) Halaman PTC sebenar juga mempunyai upgrade yang murah (selalunya $10-$20) dan kamu tidak boleh menyewa referral pada halaman PTC sebenar. Kadang-kadang kamu boleh beli referral langsung (direct) untuk seumur hidup.
d) Halaman PTC sebenar menunjukkan iklan sebenar (real advertisement) dan mereka tidak mempunyai iklan yang dijamin. Mereka menunjukkan iklan kepada kamu setiap hari. Semakin kamu selalu aktif semakin banyak iklan kamu lihat. Selalunya bergantung kepada pihak pengiklan. Halaman PTC sebenar akan menunjukkan kamu iklan apabila ada iklan. Ini membuatkan halaman ini lebih stabil dan berterusan kepada ahli dan pemilik (owner).
Halaman PTC hibrid/mini PTC (PTC hybrid/mini PTC)
a) Mempunyai gabungan dengan jenis ''bux'' dan ''aurora''.
b) Mempunyai banyak iklan tetapi dalam kadar klik yang rendah ($0.001-$0.01).
c) Pelu klik untuk melihat iklan jika mahu mendapatkan pendapatan dari referral anda.
d) Boleh menyewa referral.
Halaman aurora (aurora sites)
a) Lebih mapan (stabil) kerana mereka bergantung kepada pengiklanan.
b) Kadar klik yang rendah dan komisyen melalui referral.
c) Harga pengiklanan yang rendah yang dapat menarik ramai pihak pengiklan.
d) Banyak iklan yang disediakan. Ahli-ahli juga boleh dapat pendapatan melalui Paid To Signup dan bayaran email.
e) Pembayaran lambat. Boleh mengambil masa berbulan-bulan jika tiada referral.
f) Jauh lebih tinggi peluang untuk berjaya dan bertahan lama dan berjalan (online) bertahun-tahun.
g) Tiada had untuk referral malahan kamu boleh dapat daripada tahap dua sehingga tahap kelima.
h) Harga yang rendah untuk menaik taraf keahlian.
Halaman bux (bux sites)
a) Risiko tinggi untuk jatuh dan berakhir sebagai laman web ''scam''.
b) Kadar klik tinggi yang membawa bayaran tinggi kepada ahli. Kebiasaannya diterima ahli-ahli. Contoh kadar klik $0.01-$0.02 setiap iklan.
c) Terhad kepada beberapa bilangan referral langsung dan sewa referral.
d) Hanya 4-6 iklan setiap hari. Beberapa halaman PTC tidak mengandungi langsung iklan-iklan dalam setiap hari.
e) Mereka selalunya bergantung kepada upgrade daripada ahli-ahli, sewa referral dan lain-lain.
f) Upgrade lebih mahal dan menyewa referral.