Sunday, January 9, 2011

PTC: OnBux

  STATUS: 

Salah satu program buat duit sampingan iaitu dibayar untuk klik atau paid to click (PTC) iaitu Onbux. PTC jenis ini sememangnya disukai ramai. PTC ini juga dipercayai daripada ahli-ahlinya dan ramai yang mendapat keuntungan daripada laman web ini. Sememangnya percuma untuk disertai dan anda hanya perlu klik iklan dan mencari referral (downline) untuk mengumpul minimum yang diperlukan. Hanya luangkan masa 5 minit setiap hari untuk terus menambah pendapatan daripada laman web ini.

Program: Paid to click (PTC)
Cara: Melihat iklan
Bayaran setiap iklan: $0.01
Bilangan iklan: 4
Minimum pembayaran: $2 (pertama) dan ditambah $1 sehingga $10 (untuk semua pembayaran)
Kaedah pembayaran: Payza dan
Masa menuggu: Segera
Program referral: 1 peringkat (80 referral)
Nota: Kalau mahu direct referral anda harus menjadi ahli sekurang-kurangnya 30 hari dan membuat 100 klik.
Negara diterima: Semua
Bayaran untuk upgrade (jika mahu): $90-$880
Akaun dipadam setelah tidak aktif: 30 hari
Pemilik: ''Alexandre'' (OnBux LTDA of Brazil)
Online sejak: 9 jun 2010

Lihat pro dan kontra di bawah:

thumbsup

1. Bukti pembayaran: Beberapa tempat di mana anda boleh mencari bukti pembayaran disenaraikan di bawah.

http://www.onbux.com/forum/main?frmid=4
http://2.bp.blogspot.com/_XMKuynyGGwc/TDsOwAPEHNI/AAAAAAAACpc/n2fPvQQcwjw/s400/onbux-first-payment.jpg
http://s825.photobucket.com/albums/zz180/raidakalim/proof%20of%20payment/?action=view&current=5onbux.jpg
http://img29.imageshack.us/img29/8157/onbuxpay2.png
http://2.bp.blogspot.com/_XMKuynyGGwc/TOG-g4JvobI/AAAAAAAADM4/iKFzmRIACA0/s1600/onbux-7th-payment-proof.jpg
http://3.bp.blogspot.com/_Gaq0CrelTlY/TQGLXlISsGI/AAAAAAAAAOU/Cur4vsdsPfE/s1600/2ONBUX.jpg
http://makemoneyfrominternet.co.cc/wp-content/uploads/2010/10/Bux.to_1st_Payment-Proof.jpg
http://s825.photobucket.com/albums/zz180/raidakalim/?action=view&current=on.jpg

2. Forum: Forum bagus untuk komunikasi antara ahli dan staf. Ahli boleh tunjukkan bukti pembayaran, minta sokongan dan mengetahui perubahan yang berlaku pada laman web ini.

http://www.onbux.com/forum/

3. Bayaran segera: Pembayaran secara segera kerana tidak perlu menunggu terlalu lama menerima pembayaran.

4. Syarikat berdaftar: Tidak semestinya laman web ini tidak scam, tetapi merupakan langkah positif. Perlu di ketahui ada juga laman web yang merupakan syarikat berdaftar tetapi scam selepas itu. Jadi, jangan terlalu yakin dengan syarikat yang berdaftar. Tetapi, merupakan langkah positif dan pemilik ini mungkin serius memajukan laman web beliau.

5. Diterima semua negara: Tiada sekatan dan sesiapa boleh menyertai halaman ini.

thumbsdown

1. Akaun digantung: Ramai yang mengeluh apabila akaun mereka digantung kerana melanggar peraturan tetapi ada juga digantung tanpa sebab. Tetapi, laman web ini kata mereka digantung kerana melanggar syarat-syarat dan terma.
Nota:Jangan miliki lebih satu akaun dalam alamat IP komputer anda. Hanya satu akaun satu komputer dibenarkan untuk melihat iklan. Jika tidak, akaun anda digantung.



02/04/2011

1. Laman web ini tidak membayar pada ahli investor dan membayar pada ahli biasa sahaja dan kebanyakan bayaran $50 ke bawah.

2. Ramai ahli kena blocked dari forum.

3. Ramai ahli menunggu lama bayaran lebih daripada 60 hari.

4. Akaun ahli ramai digantung.
http://www.emoneyspace.com/forum/index.php?topic=108320.0

5. Halaman ini pergi ke senarai scam sebab ramai tidak mendapat bayaran mengikut Terma.

Kemaskini terakhir: 30/11/2012

Saturday, January 1, 2011

Adsense: Nuffnang

  STATUS: 

Salah satu cara menjana pendapatan sampingan terbaik untuk sesiapa sahaja yang mempunyai laman web, blog, forum dan lain-lain iaitu pengiklanan atau adsense. Nuffnang diasaskan oleh Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen dan mempunyai para pengiklan yang terkenal seperti Nokia, Digi, Celcom, Nike, Dutch Lady, F&N dan lain-lain. Nuffnang merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia Pasifik. Anda boleh mendaftar samaada pengiklan atau pemapar (publisher). Secara mudahnya anda hanya perlukan blog dan meletakkan kod unit iklan di blog anda, kiranya nuffnang sebagai orang tengah untuk memaparkan iklan di laman web atau blog anda. Percuma untuk disertai dan pembayaran melalui cek sahaja.

Program: Adsense
Cara: Jadi pemapar (publisher)
Bayaran setiap iklan: (a) Cost Per Click (CPC): Ahli glitterati (RM 0.25/klik) dan ahli biasa (RM 0.15/klik)
(b) Cost Per Impression (CPM) dan metered Cost Per Impression (mCPM): Bergantung kepada pengunjung dan pengiklan
Minimum pembayaran: RM 50 (cek-RM1 caj)
Kaedah pembayaran: 
Masa menunggu: (a) Ahli glitterati (30 hari) dan (b) Ahli biasa (60 hari)
Nota: Bermula pada akhir bulan permohonan tersebut dihantar. Selepas itu, cek bayaran akan dikumpul dan dihantar kepada bank untuk proses pengesahan yang mengambil masa tambahan dua minggu. Contoh, anda ahli glitterati dan telah memohon bayaran pada mana-mana hari di bulan ogos, cek anda diproses pada akhir bulan septermber dan dianggar akan sampai kepada anda pada minggu kedua bulan oktober.
Program referral: Tiada
Negara diterima: Malaysia, Singapura, Filipina, Australia dan China
Bayaran untuk upgrade (jika mahu): Tiada
Akaun yang dipadam setelah tidak aktif: Tidak
Pemilik: Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen (Nuffnang Sdn. Bhd., Malaysia)
Online sejak: 27 februari 2007

Lihat pro dan kontra di bawah:

thumbsup

1. Bukti pembayaran: Beberapa tempat di mana anda boleh mencari bukti pembayaran disenaraikan di bawah.

http://1.bp.blogspot.com/_vBiYAWBPP8c/S0vklwigjvI/AAAAAAAADFQ/gs_JyyaqW8E/s1600-h/kennysia.jpg (RM43314.24)
http://3.bp.blogspot.com/_wekaZaExvmY/TODaTyHQLYI/AAAAAAAALR4/AGEgIIb4bLQ/s1600/Pendapatan+dari+Nuffnang+-+Redmummy.jpg (RM7960.86)
http://www.flickr.com/photos/5xmom/1929907787/ (RM2101.70)
http://2.bp.blogspot.com/_gZgKQFgDKrI/TM519S-xk5I/AAAAAAAAHHk/12Xy0DY2Kyw/s1600/Cek+NuffnangDSC02711.JPG (RM1116.04)
http://2.bp.blogspot.com/_Gfrqer9-4gQ/TITG4aoGF0I/AAAAAAAAEMM/w0LOQqrYz_0/s1600/cek_pertama_nuffnang.jpg (RM540.15)

2. Ditubuhkan: Sejak 27 februari 2007 yang mana perkembangan bagus untuk mana-mana laman web.

3. Forum?: Tidak mempunyai forum tetapi mempunyai blog dan laman sosial untuk berhubung dengan semua ahi. Ahli boleh tunjukkan bukti pembayaran, minta sokongan dan mengetahui perubahan yang berlaku pada laman web ini.

http://blog.nuffnang.com.my/
https://www.facebook.com/Nuffnang
https://twitter.com/NuffnangMY

thumbsdown

1. Bukan untuk semua: Hanya tersedia untuk yang menetap di Malaysia, Singapura, Filipina, Australia dan China sahaja.

2. Hanya melalui cek: Pembayaran hanya melalui cek sahaja dan mengambil masa berbulan untuk cek itu sampai ke rumah anda. Kalau boleh berharap mereka perlu menggunakan kaedah pembayaran melalui internet seperti paypal yang tidak perlu risau akan kehilangan cek melalui pos.





Sesuatu yang perlu kamu buat:



1. Lengkapkan biodata blogger: Sila ambil beberapa minit untuk melengkapkan tinjauan biodata blogger bagi memperkenalkan diri anda.

2. Daftar blog anda di pengurus blog (blog manager).

3. Pasang iklan Nuffnang di blog anda: Sila rujuk ikon pemasangan iklan (add ads) di dalam menu dashboard bagi mendapatkan kod-kod iklan untuk blog anda.

Info:

1. Jenis iklan berbayar:

(a) Kos setiap klik atau Cost Per Click (CPC)
(b) Kos setiap tayang atau Cost Per Impression (CPM)
(b) Meteran kos setiap tayang atau metered Cost Per Impression (mCPM)

2. Pendapatan:

(a) Kempen-CPC sahaja (pendapatan bergantumg setiap klik dari pengunjung unik ke blog anda)
(b) Pendapatan meter-CPM (pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina)
(c) Pendapatan terumpuk-mCPM (pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu. Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai pendapatan terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah selesai blog anda memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikreditkan terus ke pendapatan semasa anda)

3. Status keahlian:

(a) Ahli glitterati:

Didaftarkan secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan samaada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing nuffnang.

(b) Ahli biasa atau ordinary:

Mempunyai sebarang bentuk pengiklanan samaada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing nuffnang.

4. Program Loyalti Nuffnang:

Begantung kepada status dimana ahli glitterati mendapat lebih banyak keuntungan dari ahli biasa tetapi tetap membayar cuma berbeza terma dan syarat-syarat. Jadual dibawah menunjukkan nuffnanger ekslusif adalah ahli glitterati dan nuffnanger bukan ekslusif adalah ahli biasa.


Nuffnanger Eksklusif

Nuffnanger Bukan Eksklusif

Kadar Bayaran (CPM)Band Set A. Pendapatan adalah 20-50% lebih Tinggi dari kadar pendapatan blog semasa.Band Set B. Pendapatan adalah 20-50% lebih Rendah berbanding Nuffnanger Eksklusif.
Kadar Bayaran (CPC)60% lebih tinggi berbanding kadar biasa.Kadar biasa.
Terma Pembayaran30 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan60 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan
Peluang AdvertorialLayakTidak layak
Aktiviti Komuniti70% tempat duduk diberikan kepada ahli. Jemputan tetamu dibenarkan.30% tempat duduk diberikan kepada ahli.
Pemenang Peraduan70% hadiah diberikan kepada ahli30% hadiah diberikan kepada ahli
Pengunaan Innit.comLayakTidak layak
Pemilihan untuk Iklan CPUVDiberi prioritiTidak diberi prioriti

5. Kadar bayaran:

(a) Ahli glitterati-CPC (RM 0.25/klik)
(b) Ahli biasa-CPC (RM 0.15/klik)
(c) CPM dan mCPM bergantung kepada bilangan pengunjung unik ke blog anda dan pengiklan serta status keahlian anda.

6. Permakahan:

Ikon bintang menunjukkan nama blog anda mewakili permakahan klik blog tersebut. Ia diukur berdasarkan klik melalui nisbah atau click through ratio (CTR) kempen berbayar (bukan iklan global) yang sebelumnya. Ia bertujuan memberi maklum balas kepada anda mengenai prestasi iklan berbayar anda berkaitan klik yang diterima.

7. Kempen CPM dan mCPM:

(a) Anda akan bermula dengan kempen CPC dahulu.
(b) Anda akan dapat kempen ini setelah anda mendapat cek pertama anda apabila mencapai minimum pembayaran RM50.

8. Klik penipuan atau click fraud:

Jangan klik iklan sendiri atau semua pendapatan anda akan ditarik balik. Lihat syarat-syarat tersebut untuk mengetahui maklumat lanjut.



Kemaskini terakhir: 1/1/2011

Nuffnang