Info

  Senarai Elit: Kriteria asas untuk disenaraikan sebagai Senarai Elit adalah model bisnes mestilah bertahan lama. Halaman ini mestilah stabil dan dipercayai, program yang masih online dan membayar lebih 2 tahun dan berterusan membayar tanpa isu serius. Untuk disenaraikan sebagai Senarai Elit, laman web itu perlu memenuhi kriteria berikut:

1. Laman web masih online dan membayar tanpa masalah besar selama lebih 2 tahun.

2. Mestilah mapan.

3. Tiada isu serius yang utama dan aduan besar-besaran.

4. Perlu menawarkan potensi pendapatan atau pelbagai ciri-ciri perolehan di mana pengguna sebenarnya boleh mendapat perolehan dalam masa yang munasabah.

5. Selalu membayar mengikut masa yang ditetapkan.

6. Mesti mempunyai jumlah yang layak merupakan ahli yang masih aktif.

Laman web itu akan terkeluar daripada Senarai Elit jika:

1. Berhenti membayar.

2. Terdapat banyak bayaran tertangguh.

3. Akaun dan baki kena reset, kerana pangkalan data rosak.

4. Terhadap isu dengan satu atau lebih pemproses pembayaran untuk tempoh yang lama. Contohnya, akaun Paypal dibekukan.

5. Perubahan besar terhadap model bisnes halaman yang menyebabkan pendapatan yang jauh lebih rendah.

6. Pertukaran pemilik.

7. Mempunyai hubung kait dengan halaman kontroversi lain.

8. Menerima terlalu banyak aduan.

  Senarai Sah: Sah atau Legit bermaksud laman web itu menunjukkan bukti masih membayar. Akan tetapi, esok dengan mudahnya menjadi laman web yang tidak membayar. Sehingga kini, masih tiada isu besar tetapi ambil langkah berjaga-jaga jika kamu hendak melakukan upgrade. Untuk disenaraikan sebagai Senarai Sah, perlu mengikut kriteria berikut:

1. Online sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.

2. Membayar mengikut masa.

3. Hanya sedikit aduan dan tiada isu utama.

Laman web itu akan terkeluar daripada Senarai Sah jika:

1. Berhenti membayar.

2. Banyak bayaran tertangguh.

3. Akaun dan baki kena reset, kerana pangkalan data rosak.

4. Pertukaran pemilik.

5. Laman web kena jual.

6. Mempunyai hubung kait dengan halaman kontroversi lain.

7. Perubahan yang berterusan ke laman web atau program mereka dalam tempoh 6 bulan pertama atau setahun.

8. Menerima terlalu banyak aduan.

  Halaman Baru dan Kontroversi: Halaman Baru adalah di bawah 1 tahun dan tidak terbukti lagi untuk selamat digunakan. Kumpulan lain mengandungi beberapa masalah, tetapi pada masa yang sama, halaman itu menunjukkan tanda-tanda pemulihan, dan terpaksa mencuba lagi untuk mengesahkan status sebagai Senarai Sah. Ciri-ciri halaman ini adalah:

1. Halaman itu berusia dibawah satu tahun.

2. Halaman itu terlalu baru.

3. Dibawah pemilik baru.

4. Laman web kehilangan pangkalan data.

5. Tidak boleh membuat penghakiman yang jelas mengenai status mereka walaupun laman-laman ini telah online lebih daripada 1 tahun.

6. Mereka juga boleh menjadi halaman kontroversi bahawa orang tidak dapat bersetuju dalam menentukan sama ada atau tidak mereka boleh menjadi halaman yang selamat untuk digunakan.

Halaman itu akan terkeluar daripada senarai jika:

1. Berhenti membayar.

2. Menerima pelbagai aduan.

3. Mempunyai hubung kait dengan halaman kontroversi lain.

4. Banyak bayaran tertangguh.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang