Friday, March 29, 2013

Pengenalan PTC

Program dibayar untuk klik atau paid to click (PTC) merupakan salah satu pendapatan sampingan dalam internet. Ahli hanya perlu klik iklan dan lihat iklan untuk dapat bayaran. Pengiklan membayar kepada laman web PTC dan laman web PTC itu akan membayar ahli mengikut kadar tertentu. Kebiasaanya anda harus melihat iklan yang sebahagian besar dalam 10-30 saat untuk menerima kadar dari $0.001-$0.02. Masa dan nilai iklan bervariasi dan banyak laman web mempunyai pendapatan yang berbeza. Sudah pasti ramai yang tahu pasal PTC dan boleh menjana pendapatan yang banyak. Tetapi kebanyakan laman web PTC cepat scam terutamanya jenis bux. Apapun kamu boleh mencuba secara percuma sahaja dan tidak rugi kerana tidak mengeluarkan sedikitpun wang kamu.Lihat rujukan dibawah tentang perbezaan antara halaman PTC sebenar (real PTC sites), PTC hibrid/mini PTC, aurora dan bux.

Info:
Halaman PTC sebenar (real PTC sites)

a) Halaman PTC sebenar merupakan halaman di mana anda mendapatkan wang dengan melihat iklan orang lain (pengiklan/advertiser). Selalunya cenderung (tetapi tidak selalu) memaparkan iklan yang berbeza yang dibeli oleh pemasang iklan yang sebenar. Mereka juga boleh jadi sasaran geografi (geo-targeted). Yang bererti pengiklan boleh memilih sesiapa untuk memaparkan iklan mereka.

b) Keahlian percuma, tidak perlu membayar untuk mendapatkan bayaran, juga boleh mendapatkan wang daripada referral kamu dan kadang-kadang kamu juga boleh mendapatkan wang lebih (komisyen, paidmails, tawaran, dibayar untuk mempromosi dan lain-lain).

c) Halaman PTC sebenar juga mempunyai upgrade yang murah (selalunya $10-$20) dan kamu tidak boleh menyewa referral pada halaman PTC sebenar. Kadang-kadang kamu boleh beli referral langsung (direct) untuk seumur hidup.

d) Halaman PTC sebenar menunjukkan iklan sebenar (real advertisement) dan mereka tidak mempunyai iklan yang dijamin. Mereka menunjukkan iklan kepada kamu setiap hari. Semakin kamu selalu aktif semakin banyak iklan kamu lihat. Selalunya bergantung kepada pihak pengiklan. Halaman PTC sebenar akan menunjukkan kamu iklan apabila ada iklan. Ini membuatkan halaman ini lebih stabil dan berterusan kepada ahli dan pemilik (owner).

Halaman PTC hibrid/mini PTC (PTC hybrid/mini PTC)

a) Mempunyai gabungan dengan jenis ''bux'' dan ''aurora''.

b) Mempunyai banyak iklan tetapi dalam kadar klik yang rendah ($0.001-$0.01).

c) Pelu klik untuk melihat iklan jika mahu mendapatkan pendapatan dari referral anda.

d) Boleh menyewa referral.

Halaman aurora (aurora sites)

a) Lebih mapan (stabil) kerana mereka bergantung kepada pengiklanan.

b) Kadar klik yang rendah dan komisyen melalui referral.

c) Harga pengiklanan yang rendah yang dapat menarik ramai pihak pengiklan.

d) Banyak iklan yang disediakan. Ahli-ahli juga boleh dapat pendapatan melalui Paid To Signup dan bayaran email.

e) Pembayaran lambat. Boleh mengambil masa berbulan-bulan jika tiada referral.

f) Jauh lebih tinggi peluang untuk berjaya dan bertahan lama dan berjalan (online) bertahun-tahun.

g) Tiada had untuk referral malahan kamu boleh dapat daripada tahap dua sehingga tahap kelima.

h) Harga yang rendah untuk menaik taraf keahlian.

Halaman bux (bux sites)

a) Risiko tinggi untuk jatuh dan berakhir sebagai laman web ''scam''.

b) Kadar klik tinggi yang membawa bayaran tinggi kepada ahli. Kebiasaannya diterima ahli-ahli. Contoh kadar klik $0.01-$0.02 setiap iklan.

c) Terhad kepada beberapa bilangan referral langsung dan sewa referral.

d) Hanya 4-6 iklan setiap hari. Beberapa halaman PTC tidak mengandungi langsung iklan-iklan dalam setiap hari.

e) Mereka selalunya bergantung kepada upgrade daripada ahli-ahli, sewa referral dan lain-lain.

f) Upgrade lebih mahal dan menyewa referral.

Sunday, April 17, 2011

PTC: WepClix

  STATUS: 

WepClix merupakan program dibayar untuk klik atau paid to click (PTC) yang membayar ahlinya dalam matawang Euro bukannya USD seperti kebanyakan PTC yang lain. Ini juga boleh menjana pendapatan tambahan untuk anda. Percuma untuk disertai.

Program: Paid to click (PTC)
Cara: Melihat iklan
Bayaran setiap iklan€0.01
Bilangan iklan: 4
Minimum pembayaran: €2 (pertama) dan €10 untuk semua pembayaran

Kaedah pembayaran:  dan Payza
Masa menunggu: 5-7 hari bekerja
Program referral: 1 level (80 referral-50%)
Negara diterima: Semua kecuali Vietnam
Bayaran untuk upgrade (jika mahu): €10-€2500
Akaun yang dipadam setelah tidak aktif: 60 hari
Pemilik: Mihai Marius, Romania
Online sejak: 17 februari 2011

thumbsup

1. Bukti pembayaran: Beberapa tempat di mana anda boleh mencari bukti pembayaran disenaraikan di bawah.

http://www.wepclix.com/forum.php?board=16

http://www.talkptc.com/index.php?topic=26175.0
http://thebotnet.com/check-it-out/50354-wepclix-payment-prooof/
http://webmastercollective.com/threads/wepclix-ptc-that-pays-in-%E2%82%ACuro.87/

2. Forum: Forum bagus untuk komunikasi antara ahli dan staf. Ahli boleh tunjukkan bukti pembayaran, minta sokongan dan mengetahui perubahan yang berlaku pada laman web ini.


http://www.wepclix.com/forum.php


thumbsdown

1. Laman web baru: Tidak digalakkan untuk membayar untuk upgrade sebab laman web ini baru. Kalau boleh cuba dahulu dan dapat bayaran baru hendak upgrade keahlian.


20/05/2011


1. Laman web ini tidak membayar ahlinya.

2. Pemilik ini telah menuntut bayaran semula daripada ahlinya.

Kemaskini terakhir: 25/02/2011

Saturday, April 2, 2011

PTC: SeedBux

  STATUS: 

SeedBux merupakan salah satu dibayar untuk klik atau paid to click (PTC) yang membayar ahli dengan melihat iklan. Ini merupakan salah satu cara menjana pendapatan untuk anda.Percuma untuk disertai.

Program: Paid to click (PTC)
Cara: Melihat iklan
Bayaran setiap iklan: $0.002-$0.01
Bilangan iklan: 6
Minimum pembayaran: $2
Kaedah pembayaran:  dan Payza
Masa menunggu: 24-72 jam
Program referral: 1 level (70 referral-35%)
Negara diterima: Semua
Bayaran untuk upgrade (jika mahu): $9-$450
Akaun yang dipadam setelah tidak aktif: ?
Pemilik: Richard Roberts
Online sejak: 18 januari 2011

Lihat pro dan kontra di bawah:

thumbsup

1. Bukti pembayaran: Beberapa tempat di mana anda boleh mencari bukti pembayaran disenaraikan di bawah.

http://www.seedbux.com/forum.php?board=4
http://img607.imageshack.us/img607/1930/proofofpaymentseedbux28.jpg
http://img573.imageshack.us/img573/2315/seedbux1stpayment.jpg

2. Forum: Forum bagus untuk komunikasi antara ahli dan staf. Ahli boleh tunjukkan bukti pembayaran, minta sokongan dan mengetahui perubahan yang berlaku pada laman web ini.

http://www.seedbux.com/forum.php

3. Jumlah pengeluaran minimum tetap: Jumlah pengeluaran minimum adalah $2 yang sepatutnya senang dicapai. Minimum pembayaran tidak akan bertambah setelah pembayaran pertama.

4. Diterima semua negara: Tiada sekatan dan sesiapa boleh menyertai halaman ini.

thumbsdown

1. Laman web baru: Tidak digalakkan untuk membayar untuk upgrade sebab laman web ini baru. Kalau boleh cuba dahulu dan dapat bayaran baru hendak upgrade keahlian.


23/04/2011

1. Laman web ini tidak membayar dan jadi scam sebab ditutup selama beberapa hari.

2. Rakan kongsi mencuri dana. Pemilik laman web SeedBux kata pemilik AmenBux (Dave) curi dana dari akaun paypal dan alertpay beliau.

3. Mengambil balik hak ahli:
Seseorang dari laman web ini telah mengajukan pertikaian daripada bayaran ahli yang sudah diterima. Mereka membayar kamu tetapi mereka hendak ambil balik wang kamu.

Nuffnang